7 Tips Forex Trading Tahun 2018 Ikhlas Dari Khalid Hamid TFS

Bulan depan dah masuk tahun 2018. Adakah azam dan target profit anda telah tercapai untuk tahun ni (2017)? Forex ni kena anggap macam bisnes juga. Kenalah ada target harian, mingguan, bulanan, sukuan, separuh tahun dan tahunan. Tapi janganlah sampai  nak kena ada target 1 jam, 15 minit, 5 minit tu semua pula.

Dah macam Time Frame lah pulak. Hahaha… 

Market akan bergerak perlahan bulan Disember sebab majority traders bakal menyambut Krismas dan New Year. Jadi, berhati-hatilah bila trade. Ingatlah orang tersayang. Baik kita set target untuk tahun depan pula, kan? 

Krisis Ekonomi Akan Berlaku Tahun 2018?

Tahun depan khabarnya ekonomi dijangka mencabar, tetapi forex traders tak perlu risau kerana forex adalah market 2 hala. Naik atau turun dua-dua boleh untung. 

Tahun 2018 semua pelabur wajib berjaga-jaga. Anda mungkin pernah dengar, krisis ekonomi berlaku setiap 10 tahun. Kali terakhir adalah sub-prime mortgage crisis di US pada tahun 2007 – 2008. Tahun 2018 genap 10 tahun sejak krisis terakhir melanda.

Apakah yang bakal menjadi punca krisis ekonomi 2018?

1) Sebab Bitcoin naik mencanak dan “mencabar” sistem kewangan sedia ada?

2) Sebab hutang negara kuasa besar dunia makin tak terkawal (hutang US dah lebih USD 20 trillion, manakala Japan pula dah cecah 250% daripada KDNK!)

3) Sebab Brexit dan krisis ekonomi Eropah? (negara-negara PIGS terutamanya, Portugal Italy Greece Spain)

4) Sebab semua benda sekarang Made In China, yang menyebabkan mereka bakal menjadi gergasi ekonomi dunia dan tapau negara lain?

5) Sebab perang di sana sini yang mungkin mencetus Perang Dunia Ke-3? (Korea Utara, US, Israel, Turkey, Qatar, Arab Saudi, China, Jepun, Timur Tengah dll)

6) Sebab tahun depan PRU 14 di Malaysia?! Haha OK yang ni saya melawak je 

najib-razak-ketawa-laugh-funny-face

SEJUJURNYA, anda pun tentu macam saya. Kita tengok ekonomi atau keadaan global sekarang ni huru-hara kan? Dalam negara kita sendiri, tahap pendapatan tak naik sejak 10 tahun lalu. On average, gaji fresh grad masih range RM2,000 – 2,500, sama macam saya start kerja tahun 2008 dulu. Itu fresh grad tu. Yang tak grad tentu lebih teruk.

Ditambah pula dengan lambakan warga asing, tenaga buruh tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Grad pula jutaan dihasilkan setahun. Yang dah kerja, 30 tahun lagi baru bersara. Itu yang orang kata “orang yang tengah kerja pun cari kerja lain, macam mana grad nak dapat kerja?”. Belum kerja, dah ada hutang pendidikan. Paling menyedihkan, pendapatan tak naik TAPI KOS SARA HIDUP MENCANAK-CANAK NAIK! Setuju kan?

Sekarang ni kalau cerita tentang penawaran pekerjaan, seriously tengah SUPPLY > DEMAND. Grad berjuta dilahirkan setiap tahun, tapi peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan amat-amat terhad. Lebih mencabar, zaman sekarang “tenaga manusia” semakin kurang diperlukan. Semua kalau boleh nak automate je. Betul kan? Macam kutip tol lah. Dulu manusia standby untuk kutip, now banyak plaza tol dah 100% guna sistem Touch N Go dan Smart Tag lalu menghapuskan kebergantungan terhadap pekerja. Kos guna sistem pun jauh lebih rendah. Betul tak? 

Habis Tu Apa Kita Boleh Buat?

Biasa lah kak bang, nasihat cliche je saya boleh bagi. CARI DUIT LEBIH la jawabnya. Kenaikan harga barang kita tak boleh kawal, tapi pendapatan kita sendiri kita boleh kawal, kan? Macam-macam boleh buat sekarang ni.

Ada kereta, boleh buat Grab / Uber. Muka hensem / cun melecun, boleh jadi instafamous buat review. Ada laptop, boleh jadi trader atau jadi usahawan internet. Banyak lagi sebenarnya. Cuba lah explore ya. Peluang terbuka luas. Anda je kena set mindset positive berusaha untuk cari. Jangan tadah tangan tunggu peluang datang. Ok? 

Tips Forex Trading Untuk Tahun 2018

Nak trade forex dengan lebih berjaya di tahun 2018? Ini 7 tips ikhlas daripada saya:

1) Trade Pairs Yang Senang Profit Sahaja

Janganlah pergi balun semua pairs. Fokuslah pada pairs yang senang bagi profit iaituEURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY. Ada sebab kenapa pairs ni begitu popular di kalangan traders. 2 sebab utamanya ialah (i) pergerakannya lebih mudah dibaca, dan (ii) ia jarang melanggar prinsip “price action”. Selain itu, nak buat perbandingan analisis pun senang sebab ramai traders yang buat analisis major pairs ni.

Gold, Silver, Oil tu tinggal je lah jauh-jauh. Forex ni pun tak cukup makan bila dah kuasai. Saya sendiri kadang sampai tak cukup margin nak entry hahaha 

Kita semua trade sebab nak profit, bukan nak tunjuk hebat kan? 

2) Wajib Tahu Baca Candlesticks & Support and Resistance (SNR)

Dah lebih 400 tahun ianya digunakan. Pelajarilah kedua-dua ilmu di atas secara mendalam. Inilah yang dikatakan Price Action, iaitu apabila harga sampai di level-level tertentu, ia akan U-turn atau meneruskan perjalanannya. Kalau anda newbies, kuasailah terlebih dahulu 2 ilmu teknikal ni. Tak susah pun, senang aje. Tak kiralah apa pun teknik anda pelajari atau gunakan, 2 ilmu asas ni wajib dikuasai.

3) Trade Pada Waktu Yang Betul

Forex ni bukan asal bukak MT4 je kena cari entry. Kita bukan market maker! Forex ni bukan all the time laju pergerakannya, ada waktunya dia slow juga. Contohnya EUR/USD. Anda tengok chart waktu pagi di Malaysia memang lah dia gerak sikit je, sebab pada waktu itu orang Europe & US tengah syok tidur. Basic geografi je ni, tapi masih ramai traders yang tak tahu. Kalau nak trade waktu pagi, trade la pairs macam AUD & NZD.

Namun begitu, the best time is always night time. Waktu lain tak trade pun takpe. Fokuskan trade anda pada pukul 8PM – 12AM (waktu Malaysia). Ini adalah waktu aktif di mana (i) Lepas entry, kejap je boleh profit banyak dalam masa singkat, dan (ii) Lagi senang nampak dia nak pergi ke mana. Selain itu, time ni juga banyak news-news USDyang boleh boost lagi profit (ataupun loss ) trade anda.

author
Author: 

Leave a reply "7 Tips Forex Trading Tahun 2018 Ikhlas Dari Khalid Hamid TFS"