7 Tips Forex Trading Tahun 2018 Ikhlas Dari Khalid Hamid TFS

4) Loss Adalah Lumrah Dalam Forex, Money Management Wajib Tahu!

Trade kena ada Stop Loss (SL), iaitu di mana kita akan exit trade kita dengan kerugian.Jangan ego, jangan bodoh sombong, jangan ingat anda boleh control market. Modal anda kalau ada $100,000 sekalipun mana boleh nak control market bernilai USD 5 trillion. Biarlah loss sikit hari ini, tapi esok lusa boleh berjuang lagi. Jangan loss sampai terkorban terus. Sebab tu lah kena faham apa itu Money Management.

Katakan anda loss 3% dari modal bila 1x loss. Anda masih ada baki modal 97% untuk teruskan trade. 33 kali anda loss berturut-turut baru modal tu habis. Tak ada trader yang malang sebegitu, jadi dalam 33x cubaan tu pasti akan ada yang profit banyak mengatasi loss-loss terdahulu. Masalah majority trader ialah, bila dia loss, 30% – 50% modal dia habis. So, 2 – 3 kali loss je dah habis modal. Macam mana nak survive?

Ingat, tak ada trader yang boleh profit dalam semua trade. Kalau anda bertahan lama dalam market, makin lama ia akan jadi makin mudah. Ramai tewas dalam tempoh singkat, sebab tu tak sempat nak faham movement market ni betul-betul.

5) Biar Trade Sikit Profit Banyak, Jangan Trade Banyak Profit Sikit

biar-trade-sikit-profit-banyak-jangan-trade-banyak-profit-sikit

Saya pun tidak faham, traders lebih suka profit 10 pips sebanyak 10 kali untuk dapat 100 pips. Mungkin sebab ianya lebih “thrill” dan nampak lebih hebat bila “show-off profit” 

Buat apa lakukan kerja 10x lebih susah untuk hasil yang sama? Seminggu 1 trade berkualiti yang menjana 100 pips kan lebih mudah? Fokus pada KUALITI, bukan kuantiti. 10x anda trade, anda boleh jamin ke semua tu anda boleh profit? Kalau profit 8x dapat 80 pips, tapi 2x loss tu jumlahnya 80 pips, at the end tak dapat apa-apa. Sia-sia sahaja anda profit 8x tu huhuhu… Ingat, always go for quality trades!

6) Buat Analisis Sebelum Entry & Mesti Ada Trading Plan

Kita trade bukan sebab malam semalam dapat firasat dalam mimpi. Sebelum trade kenalah buat analisis. Pairs apa nak trade, di mana nak entry, di mana nak set SL, di mana nak set Target Profit (TP), berapa lot nak guna dll. Itu semua SEBELUM, bukan selepas Entry. Itulah yang dikatakan Trading Plan. Jangan jadi trader gatal tangan atau trade berpandukan “nafsu serakah”. Bila ada plan, kita akan trade dengan lebih tenang dan setiap keputusan buy atau sell itu dibuat dengan teliti.

7) Start Dengan Modal Minimum Dahulu

Kalau modal $50 pun asyik MC, adakah anda akan berjaya menggunakan modal $5000? Tentulah tidak. Kalau anda boleh kawal modal kecil, anda tentu boleh kawal modal besar.Step yang betul ialah demo account (sekadar untuk faham cara guna MT4) >>> real modal kecil (untuk biasakan diri dengan “emosi” real account) >>> real modal besar ikut kemampuan (bila dah boleh besarkan modal kecil). Ingat, tak ada beza kawal $5000 atau $50 selagi mana ia berpaksikan money management yang betul. Kalau anda boleh gandakan $50 menjadi $100, anda tentu juga boleh menukar $500 menjadi $1000.

OK itu je lah 7 tips daripada saya. Semoga tahun 2018 kita profit lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ni. Tak mau depo lagi dah, nak withdraw je k. Aminnnn… 

BILA TEKNIK FOREX SEBENAR EDISI KE-7 NAK SIAP NI ABANG LID?

Hehehe… dalam 1 – 2 bulan lagi siaplah. Bila dah siap nanti, make sure jadi yang terawal memilikinya tau. Pemilik TFS7 yang terawal akan mendapat best price & cenderahati eksklusif daripada kami. Makluman paling awal akan dihantar melalui email (kerana tak semua orang akan nampak post saya di FB).

Nak jadi yang terawal? Daftarkan email anda dengan segera di sini:

http://www.forexsebenar.com/ebookpercuma

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda ya! 

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah 

All the best for 2018! Yang Ikhlas…

author
Author: 

Leave a reply "7 Tips Forex Trading Tahun 2018 Ikhlas Dari Khalid Hamid TFS"