Abam Jemput Seluruh Rakyat Malaysia Hadir Ke Majlis Perkahwinannya Di Gombak

13 Jan – Jika sesetengah artis popular lebih memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan lebih privasi bersama keluarga dan saudara-mara terdekat sahaja, tetapi tidak untuk pelawak terkenal, Abam Bocey.

Abam menerusi akaun Instagram miliknya menjemput semua rakan-rakan artis, saudara-mara, jiran-jiran dan seluruh pengikut Instagram serta peminatnya untuk menghadiri majlis persandingannya yang akan diadakan pada 20 Januari 2018.

Assalamualaikum….sy dengan rendah diri menjemput semua kawan2 sahabat2 saudara mara dan semua rakyat malaysia utk hadir di majlis walimatusurus seblah lelaki… pada 20HB JANUARY 2018… HARI SABTU BERMULA JAM 12PM HINGGA HABIS MAJLIS….minta panjangkan jemputan ini….semua dialu alukan kedatangan tak kira bangsa agama pangkat darjat dan semuanya…. semoga kita semua di cucuri rahmat dan di beri kesihatan yg baik….insyaALLAH… #kitabaikramaisayang #kendurikahwin
A post shared by ABAM BOCEY (@abam_bocik) on


Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan akan mengadakan majlis tersebut di rumahnya No. 222 Kampung Sg. Salak Batu 10, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Menurut Abam, majlis akan dimulakan pada pukul 12 tengah hari dan akan berakhir sehingga majlis selesai.

“Assalammualaikum, saya dengan rendah diri menjemput kawan-kawan, saudara-mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018,” tulisnya.

Beliau juga meminta untuk semua pengikut Instagramnya agar memanjangkan jemputannya ini dan mengalu-alukan kedatangan tidak kira bangsa, agama, pangkat dan darjat ke majlis beliau dan isterinya itu.

“Semoga kita semua dicucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, InsyaAllah,” ujarnya.

Terdahulu pada 8 Disember lalu, Abam, 30, selamat disatukan sebagai suami kepada wanita pilihannya, Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz. – Siakapkeli.my

Sumbersiakapkeli.

author
Author: 

Leave a reply "Abam Jemput Seluruh Rakyat Malaysia Hadir Ke Majlis Perkahwinannya Di Gombak"