"Farid Tidak Dihalang Jumpa Anak", Datin Diana Danielle Nafi Kenyataan Adik Ipar

Memetik laporan media daripada kejadian yang melibatkan Datuk Farid Kamil, beliau kini telah dtahan reman 4 hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis serta menendang orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.  Majistret Zaki Asyraf Zubir telah mengeluarkan perintah reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Hari ini, pelakon dan juga isteri kepada suspek, Datin Diana Danielle telah menafikan kenyataan adik iparnya, Fadzil Zahari yang mendakwa bahawa Datuk Farid bertindak sedemikian kerana mungkin berada dalam tekanan disebabkan tindakan Diana itu. – Harian Metro

“Kenyataan Fadzil itu tidak betul sama sekali.  Suami masih berjumpa anak,” kata Datin Diana menurut laporan Harian Metro hari ini.

Namun begitu, Diana enggan memberikan sebarang komen berkenaan isu suaminya dan berterima kasih kepada pihak media yang memberi ruang privasi terhadap beliau dan juga keluarga.

Media melaporkan, Diana juga tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi sejurus Farid Kamil dibebaskan Isnin depan.

Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro

Sumbersiakapkeli.

author
Author: 

Leave a reply ""Farid Tidak Dihalang Jumpa Anak", Datin Diana Danielle Nafi Kenyataan Adik Ipar"