Forex Trading Di Malaysia : Beza Trade Forex Dulu & Sekarang

Saya dah mula trade forex sejak tahun 2007 (9 tahun yang lalu). Jom saya ceritakan tentang beza forex trading di Malaysia dulu dan sekarang.

BILANGAN BROKER

Dulu broker tak banyak macam sekarang. Broker sekarang juga semakin agresif memberi tambah nilai kepada traders. Ada bonus, ada live chat support, ada referral incentive, ada local depositor, dan ada juga yang bagi kereta mewah melalui lucky draw!

>>> Kisah Saya Menang Lucky Draw Dapat $500

MODAL MINIMUM UNTUK BUKA AKAUN

Tahukah anda dulu kalau nak buka standard account modalnya ada yang sampai $2,000?!Akaun kecil pun minimum dah $200. Sekarang ni, $1 pun boleh dah trade tau (tapi tolonglah jangan pasang angan-angan nak jadi jutawan dalam masa sebulan pula 😀 ). Sekarang, standard account boleh dibuka dengan modal minimum $50 (FxCitizen).

LEVERAGE MAKSIMUM YANG DITAWARKAN

Leverage adalah pinjaman jangka pendek yang diberikan oleh broker untuk membolehkan anda trade. Kalau tak ada leverage, memang besar modal yang diperlukan untuk trade forex ni. Dulu, paling tinggi 1:200 sahaja. Sekarang ada yang sampai 1:1000! 1:200 bermaksud anda hanya perlu sediakan 1/200 (0.5%) sahaja daripada nilai trade anda sebagai margin. Jika nilainya $10,000, margin diperlukan hanyalah $50 sahaja. Baki $9,950 broker akan support, dan bila close position ianya akan dipulangkan secara automatik.

Namun begitu, leverage yang disyorkan maksimum 1:100 sahaja. Kalau lebih dari itu, ia boleh menyebabkan anda “overtrade” (buka terlalu banyak position dalam satu masa).

CARA DEPOSIT DAN WITHDRAW

Dulu deposit kena pergi buat telegraphic / wire transfer kat kaunter bank. Saya dapat buat sekali je lepas tu “Bank P” tu tak nak buat dah. Deposit USD200, hantar ke Cyprus. Lepas tolak fee, dapat USD178 je. Maknanya, USD22 dia tolak lagi, padahal Bank P tu dah caj dekat RM40. Tu pun dekat seminggu baru duit masuk trading account. Geram sungguh dibuatnya. Belum trade lagi dah loss. Macam mana tu? Hahaha…

Sekarang senang dah, boleh guna Local Depositor. Dalam 10 minit duit dah masuk, dan withdrawal masuk akaun bank dalam masa 24 jam TANPA APA-APA CAJ. Seronok kan? 🙂

CARA UNTUK TRADE

Zaman saya bermula, nak trade kena ada PC atau laptop. Kalau kat office tak boleh buka MT4, pergh… memang berdebar dibuatnya sepanjang hari. Iye lah, kita trade pagi. Lewat petang baru balik kerja. Masa dah balik je boleh tengok apa jadi kat entry kita tu. Dulu saya sanggup bawa laptop besar berat dekat 3 kilo ke sana ke mari sebab nak pastikan saya tak terlepas entry dan senang nak monitor position saya (masa tu tak reti trade sangat, rupanya trading ni 1 jam sehari je dah cukup dah huhuhu).

Sekarang ni, senang hidup trader. Tak payah PC / laptop dah, pakai smartphone janji iOs, Android atau Windows dah boleh install dah software MetaTrader 4 tu.

SAMBUNGAN INTERNET

Oh ya, nak trade kena ada internet baru boleh kan? Internet dulu bukan macam sekarang. Dulu saya guna Maxis Broadband, cucuk kat laptop. Duduk flat tingkat 15, connection kadang bagus kadang tidak. Fuhhh… susah woo. Sekarang ni Wi-Fi di mana-mana, internet pun dah laju. Kalau di rumah pakai Unifi, di luar pula guna 4G. Mantap!

SUMBER ILMU FOREX

Dulu, sumber ilmu forex ni banyak dalam English, tak meriah macam sekarang. Kalau nak belajar, belajar dari website atau forum mereka je lah. (antaranya KAT SINI). Buku, ebook, seminar, kelas dan majlis ilmu lain memang tak banyak. Atas sebab itulah saya hasilkan TFS. Alhamdulillah, sekarang dah makin ramai trader yang hebat-hebat tampil mengajar. Baguslah, saya sokong. Janji mereka tak scam orang sudah, kan? 🙂

TETAPI, MASIH BANYAK JUGA PERKARA YANG TIDAK BERUBAH…

1) Losers lebih ramai dari winners. Anggarannya, 5% winners manakala 95% losers.

2) Punca utama ramai melingkup dalam forex ialah sebab BELAJAR SENDIRI. Tiada siapa nak tunjuk ajar, atau trader terlalu sayangkan duit nak belajar sedangkan nak belajar forex ni yang murah pun ada. Pilihlah ikut kemampuan masing-masing.

3) Amalan dalam trading yang paling membinasakan ialah TIDAK MELETAKKAN STOP LOSS untuk mengehadkan risiko anda. Dari dulu hingga sekarang, perangai trader yang satu ni masih lagi sama. Kita kena ingat, tak ada trader yang tak pernah loss.

4) Money management (MM) prinsipnya sama sahaja sampai bila-bila. Kunci utamanya ialah DUIT MASUK (Profit) > DUIT KELUAR (Loss). Dengan MM yang betul, emosi anda akan lebih mudah dikawal. Malangnya, ramai yang Duit Keluar > Duit Masuk. Kan? 🙁

5) Teknik yang kekal tidak berubah dan sering diberi penekanan ialah Price Action Trading. Ia dah wujud sejak lebih 400 tahun dahulu. Namun begitu, ramai trader lebih percayakan kaedah yang “baru semalam dicipta”. Siap test guna real account modal ribu-ribu pula tu! Indicator adalah ciptaan trading dalam dunia moden, tetapi kaedah klasik yang bertahan jauh lebih lama. Kalau dah begitu hakikatnya, kaedah mana yang patut anda ikut? 😉

Jadi, adakah anda dah lama jadi forex trader? Kalau anda ada pengalaman lain silalah kongsikan dalam komen ya. Ramai nak baca ni 🙂

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE post ni dengan rakan traders anda yang lain orait. 😀

author
Author: 

Leave a reply "Forex Trading Di Malaysia : Beza Trade Forex Dulu & Sekarang"