"Maruah Keluarga Dia Mana Nak Letak K*mjat," Sharnaaz Berang Individu Sebarkan Gambar Farid Kamil Ditahan Polis

12 Jan – Semalam telah tular di media sosial dan media massa tentang kejadian seorang pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil yang didakwa telah menampar seorang anggota polis dan menendang 2 orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Bin Zahari, yang pada mulanya hadir ke balai polis tersebut kerana ingin membuat laporan tentang kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon yang terkenal dengan lakonan serba boleh itu, tiba-tiba menampar anggota polis lelaki yang bertugas menerima aduan itu sambil disaksikan oleh anggota polis yang lain dan beberapa orang awam.

Farid dikatakan mengamuk selepas ditunjukkan artikel menerusi telefon bimbit yang bertajuk ‘300 Artis Pinjam Ah Long’.

Selepas kejadian itu berlaku, gambar beliau dengan tangan yang bergari telah terebar luas di laman sosial dan telah menyebabkan akaun Instagram miliknya dan isteri, Datin Diana Danielle diserang oleh netizen sehingga isterinya menutup ruangan komen tersebut.

Seorang rakan artis yang juga rakan karib kepada Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad merasakan tindakan individu yang menyebarkan gambar tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan mengaibkan pihak keluarga Farid Kamil.

Sharnaaz yang meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di laman Twitternya, mendoakan kepada individu yang mengaibkan Farid Kamil akan dibuka aibnya satu hari nanti.

“Hari ini anda mungkin bahagia, bila Tuhan nak duga belum ‘confirm’ brader,” tulisnya lagi.

Entri terbaru dari Sharnaaz itu juga telah mendapat perhatian netizen dan mereka melontarkan pendapat masing-masing di ruangan komen Twit tersebut.

Farid Kamil dilaporkan oleh Harian Metro hari ini, akan direman selama 4 hari bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dijalankan dibawah Akta 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

Sumbersiakapkeli.

author
Author: 

Leave a reply ""Maruah Keluarga Dia Mana Nak Letak K*mjat," Sharnaaz Berang Individu Sebarkan Gambar Farid Kamil Ditahan Polis"