Panduan Melabur Untuk Mereka Bermodal Kecil Nak Untung Besar

Anda tahu tak, hampir setiap hari saya dapat soalan macam ni:

Nak belajar tapi tak ada modal. Nak trade pun tak ada modal. Ingat pepatah ni:

Anda tak perlu jadi kaya untuk melabur,
tetapi 
anda perlu melabur untuk menjadi kaya!

Pepatah ini sangat-sangat tepat dan perlu menjadi pegangan anda.

Ramai salah faham bila cerita tentang forex tradingKalau nak cepat kaya dan banyak duit forex bukan jalannya! Kalau anda modal kecil, untung pun kecil lah. Kena realistik dan “sedar diri”. Nak untung besar modal pun kena lah besar. Contoh kalau profit 30% sebulan, modal USD100 baru dapat USD30 kan? Kalau nak untung sampai USD3,000 kenalah ada modal sebanyak USD10,000. Barulah realistik macam tu. 🙂

Ini tidak. Ramai yang jadi forex trader kononnya nak guna USD100 untuk menjana profit USD10,000 dalam masa sebulan. 1,000% tu! Forex bukan cara kaya cepat. Kalau anda kekurangan wang dan ingin mencari “quick cash”, fikirkan idea-idea ini:

1) Ada yang jual pau. Kos RM0.80. Dia jual RM1.80. Profit RM1.00 (125%)

2) Ada yang jual kek cupcake. Kos RM1.50. Jual RM6.50. Profit RM5.00 (333%)

3) Beli projector RM3,000. Sekali orang sewa RM350. kalau 100 kali orang sewa dalam setahun dah dapat RM35,000. Profit RM32,000 (1,067%)

4) Sunglasses kos RM20 (beli kat Plaza GM Chow Kit) boleh jual RM60. 200% profit. Jam cantik-cantik kos RM20 pun boleh jual RM50. Naturactor (bedak asas wanita) modal RM18 boleh jual RM40. Semua ni > 100% profit.

5) Jual dadih kos RM20 boleh dapat untung dalam RM30 (150% profit). Anda boleh jual di luar pagar sekolah. Murid-murid balik sekolah tengahari dan petang. 1 – 2 jam boleh sold-out. Saya ada juga kenal orang jual sate ikan pun untungnya RM150-200 sehari. Itu tak termasuk lagi dia berniaga di tempat-tempat tumpuan ramai yang lain.

Mungkin ada yang akan kata “Nak buat kek kena ada mesin ribuan ringgit. Jual sate ikan kena ada motor. Nak jual online saya tak ada laptop tapi ada smartphone sahaja” dan lain-lain lagi halangan. OK, cuba fikirkan idea-idea ini pula:

1) Dalam Instagram boleh jadi Personal Shopper (PS) utk butik-butik online terkenal. Nak beli online stok asyik “sold-out”. Mereka yang tinggal berjauhan tak boleh nak beli. Jadi, PS ini lah yang akan pergi butik tolong belikan baju mengikut design / warna / saiz yang pelanggan mahu. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan upah.

2) Buat bisnes Pre-Order. Caranya, upload gambar barang yang orang memang tengah cari seperti jam tangan G-shock original. UPLOAD GAMBAR JE DULU. Sesiapa yang berminat nak beli, minta dia bayar 50-70% dulu. Anda boleh gunakan duit tersebut untuk beli stok, dan hantar kepada pembeli setelah bayaran penuh diselesaikan.

3) Buat bisnes jatuh kapal atau Dropship. I sama seperti No 2 tetapi ianya lebih mudah kerana penghantaran barang semuanya dibuat oleh pembekal. Anda hanya jadi orang tengah sahaja. Yang No 2 tadi tu kita beli stok, bungkus & hantar sendiri.

4) Beli cecair pencuci kereta, span, kain, dan pengilat tayar. Kosnya dalam RM30. Tanya jiran-jiran ada tak yang nak cuci kereta. Nak ambil upah cabut rumput pun boleh juga tapi lagi penat lah (CABUT RUMPUT guna tangan, bukan pakai mesin tu).

5) Anda ada ijazah tak? Kalau ada, cuba tanya sekolah / IPTA / IPTS adakah mereka sedang mencari speaker untuk “career talk”. Saya dulu pertama kali bagi career talk selama 2 jam dapat RM100. RM50 sejam tu kira lumayan lah kan? Kalau tak nak bagi career talk, anda boleh juga buat freelance siapkan full set account (kalau anda kerja bidang akaun), buat pelan bangunan (kalau anda arkitek) atau menjadi perunding bisnes / pemasaran (kalau anda bidang bisnes).

Banyak lagi idea buat duit dengan modal rendah ni. Kerja dari rumah pun boleh juga. Dalam nak pilih bisnes tu, anda perlu periksa terlebih dahulu:

1) Kemahiran dan apa yang ada di tangan sekarang yang boleh gunakan

2) Berapa kos / modal yang kita sanggup keluarkan

3) Masa dan tenaga yang diambil untuk melakukannya. Kalau nak buat duit dengan cekap, carilah pekerja. Contoh kalau cuci kereta tu, caj RM10.00. Anda berilah pekerja komisen RM2.00. Walaupun untung kita berkurang sedikit, tetapi kita dah jimat masa dan tenaga yang boleh kita salurkan untuk buat perkara lain.

Setiap idea yg disebutkan tu tahap kesukaran, masa yg diambil, dan kemahiran yang diperlukan berbeza-beza. Sebelum buat, kena kaji dan CARI ILMU dulu lah. Jangan main hentam sahaja. Jual kuih tak sedap nanti orang tak beli pula huhuhu… 🙂

Kenapa buat yang sofistikated kalau modal nak trade pun tak ada atau tak berapa nak banyak? Belajar buat kuih & jual kuih rasanya lagi mudah daripada belajar forex kan?

HABIS TU BUAT APA NAK TRADE FOREX / SAHAM / CPO DLL KALAU UNTUNG IDEA-IDEA DI ATAS TU BANYAK GILA?

Sebab bila dari duit kita sikit dah dibanyakkan, duit banyak tu nak buat apa? KENALAH MELABUR. Jika anda melabur ke dalam ASB, anda mungkin boleh dapat pulangan 7% setahun. Ianya tak akan cukup untuk menampung kenaikan kos sara hidup. Sebab itulah kita perlukan instrumen pelaburan yang boleh memberikan kita pulangan yang lumayan supaya Money Makes More Money atau Money Works For Me.

Jadi, kalau anda masih kurang berduit, carilah ilmu dan duit dahulu. Dah ada duit, duit selebihnya yang ada tu barulah boleh gunakan untuk melabur. BUKAN KITA LABUR GUNA DUIT YANG KITA TAK BOLEH RUGI (SPT DUIT LAMPIN ANAK, DUIT SUSU, DUIT INSURANS KERETA DLL). Ingat tu, guna duit yang memang kita dah tolak tepi tau.

Akhir kata, FOREX ADALAH PELABURAN. Ia bukan cara utk kaya cepat. Banyak lagi cara lain utk menjana pendapatan yang lebih rendah risikonya. Malah modal yang diperlukan juga lebih rendah serta mudah utk dikuasai. Anda boleh jadi kaya dengan forex menggunakan modal yang kecil, tetapi anda memang kena betul-betul penyabar untuk besarkan akaun anda sedikit demi sedikit. Semoga perkongsian ini memberi anda serba sedikit idea bagaimana nak menjana quick cash selain daripada forex trading.

Jangan lupa follow Facebook saya di sini untuk tips-tips forex dan kewangan terbaik:

www.facebook.com/khalidtfs

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

author
Author: 

Leave a reply "Panduan Melabur Untuk Mereka Bermodal Kecil Nak Untung Besar"